PiNkYTuLiPsSsS
sOmEtHiNg tHaT wE cAn sHaRe
Sunday, 14 August 2011
Monday, 27 June 2011
4 dAys thAt aRe fuLL of sUrpRisE, eNjOyAbLe n hAppiNesS...:)
1st day (24 JUN 2011)
ari nie mrs(zaty) balek rumah yg terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor. ade tujuan sebenarnye balek kali nie. sbb nak jumpe mama, abah, family, my mr ayeid (zariq) n nk celebrate ari lahir mrs. mrs kuar dr kampus UiTM Kuala Pilah pkul 10. alhamdulillah dpt tiket pkul ke Batu Pahat pkul 12tgh hari. tp sempat gak round Terminal 1 Seremban dgn Jaz. hoho. sempat gak beli Dunkin' Donut n Ice Lemon Tea utk mam dlm bas. terkejut rasenye bile dpt tau kene naek bas SKS-KL double decker. rase cam nk meronta2 xnk naek. hehe. first time kot. dh la kene duduk atas. seram gak mula2. tp wt xtau je. tawakal bnyk2. hoho. setelah lebih kurang 4 jam,smpai la kt Rengit. mr dh tggu kt Rengit pon. hehe. sweet sgt. thanks so much mr!! seronok dpt jumpe mr. yelah kan, dh nk dekat sebulan xjumpe mr. then trus balek umah kak are yg amek. jumpe mama ngan abah, qaisy n shira. sukenye qaisy dgn shira ble mrs balek. berkepit je kejenye. hoho. ari nie mama wt lontong. ade smbal sotong. sheeeedddaaaapppp. alhamdulillah..
![]() |
| ice lemon tea |
| Dunkin' Donut |
2nd day (25 JUN 2011)
ari nie genap la umur mrs 20 tahun. aaaaaa...... xde lg dh zaman belasan tahun (bak kate mr la). hoho. xpe la. hehe. ari nie sgt best. sharp pkul 12 mr call n nyanyi lagu birthday. suke sgt... sweetttt... :) then kami terus bersembang smpai pkul 2 pg kalau xsilap. smpai mrs tertido. haha. then pgnye area pkul 10 kami bertolak utk realisasikan plan yg kami dh plan.
sgt bnyk tmpat kami pi....
tempat2 tu adalah.....
kami pi kedai Family Cake House kt bandar Batu Pahat. setelah tgk2, kami decide utk pilih ice cream cake mint flavour.
| mint-chocolate ice cream cake |
mr n cake
| mrs n cake |
| hehe |
next, mr drive kete ke 1 kedai bunga.. a bit surprise.. mr mintk mrs tggu je dlm kete. then, mr kuar dr kedai dgn membawa a bouquet of roses that consist of 9 roses. 5 red n 4 white. mr kate merah tu lambang cinta kita n putih plak tanda yg cinta mr kt krs sgt tulus dan suci. terharu kot mase dngar mr ckp cmtu. tq sooooooo much mr. mrs xtau nk ucap terima kasih cmne.
| 5 red n 4 white = 9 |
| muka bahagia... |
| smile |
| harumnyeeeeee |
then we go to BP Mall utk beli various things. hehe. mr bwk mrs pi singgah kt Silver Tone n he ask me to choose silver bracelet. aaaaaaa..... speechless. hoho. then,mrs pon pilih laaa... nie dia braceletnye...
then, kami pi maen bowling. mule2 mmg xnk maen. tp setelah fkir2 balek n mr cm merayu2, pi la gak. hahaha. mr suruh maen game sendiri plak tu. ingat nk share je dgn dia. dh la xpnah maen. baling je la bola bowling tu even masuk longkang pon. best sgt walaupon asyik kene gelak dgn mr!! haha. tq soooo much mr. :)
then, mrs pi cari t-shirt utk mr. warne merah BUM Equipment. 30hb jun nie birthday mr plak. tp sygnye, mrs xdpt nk balek. sory mr... :( t-shirt je yg mrs dpt bg kt mr coz mrs xtau nk bg pe. hope mr suke dgn pemberian tu. :)then, pi cari botol air. hehehehe... bende yg slalu mrs cakap bile mr call. hahaha. ntah pape je. punye la lame nk pilih botol air. tp akhirnya dpt gak. alhamdulillah.next,kami pi the Big Apple. mkn donut. weeeeeee... heeehehhe.. seronok.. tp bungkus je. mam dlm kete. n beli cool blog honeydew double pearl. yummmyyyy....... heheheh..
then, kami pi beli nasi baryani utk family. mama teringin sgt nk mam. sebagai anak, rase cm 1 tanggungjawab utk penuhi pe yg mama or abah inginkan. :) alhamdulillah. ade mcm2 nasi baryani yg kami beli. nasi baryani aym,daging n kambing. hehe. suke tgk mama happy dpt mam. :)the last destination.... hahaha.. jeng3. kami pi mam kt bisik2 restaurant. seronok. ikut plan, kami mam western food. hehe...
| cheeewwwaaahhh!! |
| soursop juice n orange juice..:) |
| crab nugget |
| grilled chicken chopped |
| grilled lamb chopped |
| semuanye |
| bnyknye.. hehe |
| mr yg comel.. :) |
| vegetarian ke?? hukhuk |
Wednesday, 22 June 2011
6. kEistimEwaAn BULAN REJAB
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.Malam awal Rejab mustajab do'anya.
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.Malam awal Rejab mustajab do'anya.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Rejab datang kembali menemui umat Islam. Bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan).
Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".
Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah :
Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:" Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid". [Riwayat At-tabrani].
Kedua: Bertaubat.
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.
Ketiga: Berpuasa.
Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur dengan muka bercahaya.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH dan tidak ditolak dia dari masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali r.a :
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah swt berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan KebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu denganmu".(dari kitab Raudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.Keempat: Berdoa.
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.
Tuesday, 21 June 2011
5. SuNnaH NABI
JAGA TUJUH SUNNAH NABI S.A.W
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
- Pertama : Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
- Kedua : membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
- Ketiga : jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
- Keempat : jaga solat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
- Kelima : jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
- Keenam : jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
- Ketujuh : amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Monday, 20 June 2011
4. Flu + FeVeR!!
Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus.
Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder.
Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung.Dh 3 hari aq diserang selsema + batuk + demam. Mungkin nie ujian dr Allah pada hambaNYA yg lemah nie. Mungkin juga Allah nk hapuskan dosa2 yg dh aq wt selama aq hidup hampir 20 tahun di atas muka bumi Allah yg begitu indah nie.
“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)
Sgt bnyak hikmah sakit yg aq dpt ble aq try Google jap td :
- Sakit adalah penggugur dosa-dosa hamba-Nya. Penyakit yang diderita seorang hamba menjadi sebab diampuninya dosa yang telah dilakukan termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuh.
- Orang sakit yang boleh bersabar akan mendapatkan pahala dan ditulis untuknya bermacam-macam kebaikan dan ditinggikan darjatnya.
- Selalu ingat pada Allah. Dalam keadaan sakit, kita akan merasa benar-benar lemah, tidak berdaya sehingga ia akan bersungguh-sungguh memohon perlindungan kepada Allah Swt.
- Selalu mengingatkan kita akan nikmat Allah. Sakit membuat kita tahu nikmatnya ketika sihat.
- Pembersihan hati dari penyakit.
3. YA ALLAH... JikA aKu jAtUh ciNtA
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…
Subscribe to:
Posts (Atom)







